Hanis Zalikha, Model, Pelakon dan Pelajar

Hanis Zalikha

Hanis Zalikha, seorang gadis jelita berusia 19 tahun yang sedang naik daun. Selain itu juga seorang blogger, Anda bisa bertandang ke laman blog Hanis Zalikha yang di buat melalui layanan blog percuma kepunyaan Google yaitu blogger.com/blogspot.com, ini dia belog Hanis Zalikha: inibelogsaya.blogspot.com. Baru-baru ini, blog Hanis Zalikha itu dicalonkan untuk kategori Best Celebrity Blog di Nuffnang Asia Pasific Blog Award yang berlangsung di Singapura.

Tidak pernah terduga mampu berada di dalam senarai ‘Top 5’, beliau sendiri tidak pernah meletakkan dirinya sebagai orang yang layak meraih gelaran itu disebabkan tidak bergiat aktif di dalam bidang peragaan atau lakonan. Namun, Hanis Zalikha yang pernah membintangi filem Momok the Movie bersama juara Raja Lawak, Nabil, Faizal AF dan Mama Rina akur dengan kenyataan daripada penganjur yang meletakkan syarat kelayakan bertanding jika ada deretan peminat setia yang mengikuti setiap post terbaru berkaitan kerjaya atau kisah peribadinya.

“Malam gala diadakan pada 23 Oktober lalu, selang lima hari sebelum peperiksaan akhir, tetapi saya beruntung kerana keluarga tidak pernah membantah atau meletakkan syarat jika ingin menghadiri sebarang acara. “Pada mereka, saya sudah cukup matang untuk memikirkan baik dan buruk dalam setiap perkara. Lagipun saya sudah memperuntukkan waktu tertentu untuk fokus kepada pelajaran sebelum memikirkan aktiviti sampingan seperti bidang peragaan, lakonan atau aktif berblog,” kata pelajar tahun dua jurusan Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Segamat itu.

Bertuah menjadi Hanis Zalikha kerana bukan hanya cantik, malah santun gadis Melayu masih terserlah di dalam dirinya. Tidak hanya itu, Hanis juga adalah pelajar bijak tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Baru-baru ini, Hanis turut membanggakan keluarga apabila memperoleh keputusan cemerlang dengan nilai CGPA 3.94 pada peperiksaan akhirnya.

Melalui entri berjudul Tips Belajar Bersama Hamis, beliau turut berkongsi beberapa petua yang diamalkan untuk cemerlang di dalam pelajaran. Antaranya, Hanis sendiri mengamalkan diet ikan seminggu sebelum peperiksaan berdasarkan fakta diperolehnya menerusi iklan memberitahu, pengambilan ikan akan memberi Omega kepada otak. “Bagaimanapun, saya percaya pada doa sendiri, ibu dan ayah, doa guru juga rakan.

Jangan lalai untuk selalu doakan kejayaan orang sebab bila kita doa untuk orang, kita mendoakan untuk diri kita sendiri,” katanya. Sehingga artikel ini ditulis, blog milik Hanis mempunyai seramai 6,204 peminat dan 3,780 pengikut yang sentiasa tertunggu-tunggu entri terbaru daripadanya. Tidak keterlaluan jika dikatakan wajah jelita dimilikinya menjadi penyumbang kepada pertambahan bilangan pengunjung ke blog ini, manakala konsep blog yang lebih terarah kepada gaya hidup membuatkan pengunjung tertarik untuk menjadi pengikut setia.

Foto Hanis Zalikha

Kata Hanis, beliau mula membina laman blog sendiri sejak dua tahun dulu kerana minatnya dalam bidang penulisan. “Ketika di bangku sekolah pun saya sudah punyai blog sendiri, tapi ia tidak dipamerkan kepada umum kerana blog itu saya bina hanya sebagai medium untuk meluahkan perasaan yang bergolak dalam jiwa seorang remaja,” katanya sambil tersenyum manis.

Kali ini, Hanis cuba menzahirkan budaya baru di kalangan penduduk negara ini iaitu blogging sebagai satu kaedah meluahkan rasa hati dan juga agenda terbesarnya, meningkatkan jati diri. “Bila dapat e-mel daripada pengunjung yang berpendapat cerita atau panduan dikongsi melalui blog boleh dijadikan sumber inspirasi kepada mereka, ia secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan untuk saya terus berusaha menjadi lebih baik,” katanya.

Selain itu, Hanis juga tidak lokek berkongsi ilmu yang diperolehnya sepanjang berkecimpung di dalam bidang peragaan misalnya ketika disolek jurusolek berpengalaman. “Sambil disolek, saya akan tanya cara solekan yang betul atau petua tertentu diamalkan mereka. Seronok sebab masing-masing ada pengalaman dan kaedah solekan tersendiri dan bagi mereka yang berani mencuba, saya kongsi semuanya di blog,” kata Hanis yang memperuntukkan tiga atau dua jam sehari untuk menulis di blog.

Melalui agensi perhubungan awam yang menguruskan kerjayanya, Hanis turut berpeluang menerima jemputan untuk membuat liputan acara berkaitan fesyen, pelancaran produk kecantikan dan peraduan ditawarkan dalam talian. “Secara tidak langsung, saya berpeluang mendapat ramai kawan selain merasai keseronokan mencuba produk kecantikan sebelum dikongsi bersama rakan di blog. Memang seronok kerana bidang kecantikan antara cabang minat yang saya suka,” katanya sambil melabel diri sebagai ‘tikus putih’. Hanis Zalikha Lawa nye budak..Xixixihi

2 komentar:

  1. hallo salam kenal dari www.antarblogger.com silahkan kalo mau sharing artikel post..thanks

    BalasHapus